News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

09 NOVEMBER 2016, RABU | 09 SAFAR 1438H

BENGKEL "PEMBENTUKAN SOALSELIDIK UNTUK PENYELIDIKAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF"

OLEH: SADRUDDIN RABANI

 

INAPAN SISWA (INASIS) TRADEWINDS: Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Pelajar Dewan Penginapan Siswazah Tradewinds (Tradewinds SLDC) telah menganjurkan program Questionnaire Development for Quantitative and Qualitative Research Workshop di Dewan Seminar CAS pada 6 Oktober 2016. Program ini disertai 61 orang terdiri daripada pelajar Master dan PhD. Program ini mendapat kerjasama daripada Pengetua, Penolong Pengetua, dan kakitangan sokongan INASIS Tradewinds.  Penceramah bengkel adalah Dr. Muhammad Asim Tufail dari Pusat Pengajian Kerajaan, COLGIS dan Dr. Kadzrina binti Abdul Kadir dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, COB.

 

Menurut Pengetua INASIS Tradewinds, Encik Amdan bin Mohamed, program ini dianjurkan bagi membantu menyelesaikan permasalahan dan meningkatkan kualiti kajian yang dihadapi oleh pelajar. “Saya berharap lebih ramai pelajar Universiti Utara Malaysia dapat menyertai bengkel seperti ini bagi menambah pengetahuan serta kemahiran dalam melakukan kajian akademik,” katanya.

 

Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu para pelajar Master dan PhD dalam meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan sekaligus meningkatkan kualiti kajian yang dilakukan oleh mereka. Para pelajar juga dapat berkongsi dan menyuarakan pendapat  antara satu sama lain ketika program ini berlangsung. Program ini juga dapat membantu menambah kemahiran generik serta mencapai kecemerlangan akademik pelajar.

 

Tradewinds SDLC berperanan penting dalam mewakili kepentingan pelajar  dengan menganjurkan program akademik ini. Selain itu, program ini diharap dapat memberi pendedahan pembelajaran kepada para pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik pada masa akan datang.

 

Page 1 of 2

Search

Dewan Penginapan

Tradewinds Residential Hall (INASIS Tradewinds)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4488 / 4485
Fax : 04-928 4412
Emel: dpptradewinds@uum.edu.my

Waktu Operasi Pejabat

Ahad - Khamis (Sunday - Thursday):
08:30 - 17:00 

Rehat (Lunch Break): 13.00 - 14.00 

Tutup (Closed):
Juma'at - Sabtu dan Cuti Umum (Friday - Saturday and Public Holiday)